Diploma Halal di Kolej Swasta?
Cerita bab Diploma Halal ni.. Aku sebenarnya kerja sebagai lecturer halal di Kolej Teknologi Antarabangsa Cybernetics (KTAC) Cheras Maluri. Student kebanyakannya pelajar Melayu. Dan untuk kos Halal ni semuanya melayu. Boleh je org non-muslim nak ambil kos ni., sebab dia open, takde syarat yg mengatakan wajib org islam. Jangan risau ye. Cuma kos ni adalah secara sepenuh masa, jadi tak digalakkan untuk org yg dah ada komitment kerja. setakat ni yg aku tau semua universiti dan kolej swasta yg tawarkan kos halal sama ada Diploma atau sarjana muda (Degree) semua dibuka secara sepenuh masa. Kecuali Sarjana (Master), kalau master memang tiada yg sepenuh masa pulak. sebab semuanya jenis dibuat secara kajian research iaitu mengkaji dan menulis thesis, tiada kelas atau exam. Bagi sesiapa yg tak suka terikat dgn masa, tak suka pergi kelas, tak suka atau takut exam, memang pilihan yg bijak ambil master halal. hehe atau yg dah kerja dan ada Degree mmg digalakkan ambil yg master punya. Da...