Trip Pangkor Backpackers RM250 3 hari 2 malam

KL - Pangkor dengan bajet RM250 sorang 3H2M? hehe.. boleh je..

ni aku pergi dengan student aku..kami semua ade 7 orang, so total RM1750..sebab tu kne bajet sikit..(Jumaat-Ahad)

nak lagi jimat pon boleh je RM200.. makan tanpa catu, duduk homestay dan pergi semua tempat!

aku cite sikit la cara aku buat eh..

1) naik bas dari TBS-Lumut-TBS - RM54 (pergi balik).
ambil bas malam, hari khamis malam jumaat last pukul 10.30 tiket boleh beli online.
kalau naik kereta boleh parking kat marina beach. situ ade sewa parking, tempat cantik. tak ramai org. naik feri dari marina beach lagi best. tak beratur panjang.
kalau nak bawak motor ke pangkor boleh naik feri jugak. dari marina or dari lumut. 2-2 boleh.

2) tiket feri Lumut-Pangkor-Lumut -RM14 (pergi balik)..
sila simpan tiket tu ye.. jangan buang.. boleh beli online jugak.
tiket feri dari marina pun pergi balik.. jangan hilangkan!

3) van sewa pink dar jeti ke homestay pergi balik - RM40
mintak murah.. kalau tak, satu hala RM25

4) Sewa homestay -RM550
sebab boleh masak bila2 masa. boleh duduk ramai2..ukhuwah sikit la kan. tengok movie sesame malam2. main dam, chess, sahiba ke..nak main sorok2 pon boleh..haha
aku amek kat pantai teluk dalam..memang dalam weh..paling ceruk..takde pelancong sangat. ade org kampung je..pantai dy sunyi tapi luas dan panjang..takde org..klw honeymoon bestla..nak shooting wedding sambil honeymoon pun best..jalan kaki je dari rumah ke pantai. kitorang tempah 2 hari sebelum pergi..kebetulan cuti sekolah seminggu start hari sabtu tu jadi kitorang tempah mula jumaat so dapat la murah sikit dari harga cuti sekolah.

5) sewa motor - RM25 (sehari)
sebab teluk dalam tu bukan macam teluk nipah..teluk nipah tu tengah2.. semua ada. gerai, homestay,hotel, kedai makan, memang pusat pelancongan pangkor ni kat teluk nipah,.
kitorang sewa motor untuk 2 hari sabtu ahad. plannya hari jumaat nak main kat pantai la. sekali krik2.. takde ape kat teluk dalam tu.. haha menyesal tak sewa 3 hari.. takpelah.. ade hikmah.

6) Snorkling dan pusing2 pulau - RM120..
ok.. yang ni ade 3 jenis boat. disebabkan kitorang ramai jadi kena naik boat besar. bodek sikit la abg2 tu.. kne pusing2 tanya harga yg lain jugak.. ada yg RM170... ade RM150.. kitorang dapat RM120 siap ada snorkling kit macam google tu.. jangan hilangkan tau.. kne ganti rugi kang.. banyak untung dorang ni.. naik boat tu bukan lama pun.. kejap je tapi bayar 100 lebih.. kaya buat bisnes boat je.

7) minyak motor -RM5 je 2 hari..
sebab pulau tu kecik je pun.. kitorang yg duduk jauh ni pun pusing2 satu pulau ade lebih lagi 5 hengget tu.

8) makan hari pertama tu masak kat rumah je sebab kitorang bawak bekal.. nasib baik.. kedai runcit ade satu je kat teluk dalam tu. dahla kecik.. pastu nak ke pekan jauh,. pulak motor tak sewa hari jumaat.. haha.. nasiblah labu,.

hari kedua. makan kat teluk nipah RM110 je 7 org.
set nasi, ikan bakar, tomyam, sayur campur, telur dadar goreng, sambal kicap..haha.. jimat kan? siap air la.. malam tu makan kuew tiau pangkor, kerang bakar, kerang rebus, rojak, otak2..ais kepal coklat.. sume makan sampai kembung..

hari ketiga makan -RM100 sarapan kat teluk nipah nasi lemak RM1 dan tghri kat jeti lumut makan suka hati nak makan ape. asalkan kena habiskan duit bajet akhir RM100 tu

9) ok duit selebihnya tu menang buat makan dan beli hadiah kenang- kenangan sikit.. tinggalkan baki RM100 je untuk buat makan kat lumut masa nak balik hari ahad tu.

10) pastikan korang pergi semua tempat ok? kitorang pergi sebab sewa motor kat pangkor. antara tempat kitorag pergi.
-teluk nipah
-masjid terapung
-fu lin kong temple (tempat ni mcm kat negara cina dorang buat)
-teluk giam
-kota belanda
-lapangan terbang (fligh kecik2 je)
-semua jenis pantai

banyak lagi.. alaaa... dy ade satu jalan je pusing pulau tu.. sambil jalan sambil singgah.. tengok signboard coklat. tu namanya tempat pelancongan la. ok?



























TIPS aku nak bagitau supaya korang boleh buat pembetulan..

1) sewalah motor 3 hari. jumaat sabtu ahad klw korang nak ikut style aku sewa kat teluk dalam tu..
2) sewalah homestay dekat2 dgn teluk nipah tu.. meriah dan semua ada. senang sikit. tak perlu sewa motor hari jumaat.
3) bawak jugak makanan spare part.. meggi. botol air.. nescafe or milo. roti untuk makan dan roti buruk untuk bagi makan ikan time snorkling.
4) bawak kasut crock yg tutup satu kaki sebab snorkling kat pulau giam batu dia tajam2 melecet kaki.
5) pastikan survey dan tawar menawar klw nak beli barang or makanan.. sebab harga dorang tak sama.
6) kat teluk nipah barang cenderahati mahal sikit. beli kat fu lin kong temple dan kota belanda murah sikit.
7) pastikan bawak power bank, monopod ke ape ke.. sbb pemandangan memang cantik2 rugi tak amek gambar,
8) boleh je nak jungle tracking tapi kne cari orang2 situ yg jaga kedai ke.. cari betul2 jangan salah org pulak kang kne culik susah.
9) pakai sunblock 120 punya yg untuk sport sbb panas gile.. guna 50 pun belang muka,
10) jangan bawak beg berat2 kalau nak berenti kat lumut. kalau marina beach takpe.. sebab time balik tu beratur panjang gile kat jeti,. jenuh weh.. marina beach tak beratur langsung.
12) klw nak gerak hari khamis tu.. malam sampai kul 4 pagi.. so.. tidur kat kedai makan jela, sbb masjid tutup eh..kunci..azan subuh baru bukak so boleh mandi dan rehat jap sebelum ambil feri start pukul 8 pagi.

Comments