Diploma Halal di Kolej Swasta?

Cerita bab Diploma Halal ni.. Aku sebenarnya kerja sebagai lecturer halal di Kolej Teknologi Antarabangsa Cybernetics (KTAC) Cheras Maluri. 

Student kebanyakannya pelajar Melayu. Dan untuk kos Halal ni semuanya melayu. Boleh je org non-muslim nak ambil kos ni., sebab dia open, takde syarat yg mengatakan wajib org islam. Jangan risau ye.

Cuma kos ni adalah secara sepenuh masa, jadi tak digalakkan untuk org yg dah ada komitment kerja. setakat ni yg aku tau semua universiti dan kolej swasta yg tawarkan kos halal sama ada Diploma atau sarjana muda (Degree) semua dibuka secara sepenuh masa. 

Kecuali Sarjana (Master), kalau master memang tiada yg sepenuh masa pulak. sebab semuanya jenis dibuat secara kajian research iaitu mengkaji dan menulis thesis, tiada kelas atau exam. Bagi sesiapa yg tak suka terikat dgn masa, tak suka pergi kelas, tak suka atau takut exam, memang pilihan yg bijak ambil master halal. hehe atau yg dah kerja dan ada Degree mmg digalakkan ambil yg master punya.

Dan disini aku nak galakkan kalau nak sumbung kos master halal ambil lah di UITM klw nak buat research dalam Bahasa Melayu. hehe boleh hubungi dekan UITM ACIS untuk maklumat lanjut berkenaan Master Halal. Master Halal ni dia duduk bawah Fakulti Islamik Kontemporari tau. kalau nak tau lebih lanjut boleh call UITM untuk dapatkan no telefon dekan atau email dekat FB ACIS UITM. 

Ok sambung.. aku bukan nak promote UITM sebenarnye. tapi nak promote kolej yg aku ngajar sekarang ni. hehe. mehlah datang sini dan masuk kolej ni. ade banyak kos kat sini selain drpd kos halal sebenarnya. tapi aku nak cerita bab kos halal je. kos lain tu biar orang lain lah cerita, nnt klw aku cerita jadi ajaran sesat pulak. 

Syarat nak masuk Diploma Halal ni wajib ada SPM dan paling kurang 4 kredit. jangan risau takde syarat lulus math atau bahasa arab dah. yg penting lulus BM, BI. 

Bahasa perantara yg aku dan lect halal yg lain guna adalah BM. jadi jangan risau takut tak faham. yes! ade sesetengah buku modul yg digunakan menggunakan BI. tapi kami tetap akan mengajar in Malay. So, dont worry. kami sangat memahami pelajar2 kami.

Oh antara subjek teras yg akan diajar adalah.. ni yg aku ajar eh.  

1. Halal Food Ingredient - Aku akan ajar tentang ingredient yg biasanya diguna pakai dalam industri makanan halal ni. cerita tentang E-number yg org selalu viralkan kata E471 tu haram katanya kann.. mandai2 je. nnt dlm kelas aku ajar lebih dalam bab number2 ni. banyak lagilah nama2 bahan mentah dlm masakan yg korang tak pernah dengar dan tau asal usul tu nnt aku cerita. dan camne pemilhan yg baik dan halal.

2. Halal Cosmetics & Pharmaceutical - Haaa yg ni mesti banyak yg korang tak tau dan nak tau kan ape yg aku ajar nnt? macam2 ye. dari bahan mentah yg digunakan, label produk, produk halal, haram dan syubhah. dan aku akan ajar cara buat produk kosmetik sendiri! yeay! seronok kan? mcm main masak2. pastu korang dah terer boleh lah jual. hihi 

3. Halal Slaughtering - ni subjek sembelihan. korang akan belajar semua tentang haiwan. Haiwan halal dan haram. camne nak sembelih yg betul. camne boleh jadi haram. sembelihan agama lain. sembelihan negara lain. dan YES! kat subjek ni pun korang akan buat praktikal sembelih. kalau ada rezeki kita akan melawat kilang ayam kat mana2 nanti dan akan tengok camne org kat kilang proses ayam banyak2 tu. 

4. Halal Industry Services - subjek ni korang akan belajar tentang industri halal dlm Malaysia ni. memang banyak cabang. Halal ni bulan cerita makanan je tau. ada industri perhotelan, pelancongan, kosmetik, perubatan, penyimpanan, penghantaran dan mcm2 lagi.

Ok untuk subjek lain pula antaranya adalah, halal audit, persijilan halal, basic subjek syariah, bahasa arab, english, IT, muamalat, dan macam2 lagi. 

Apa yg bestnye? bila dah graduate nnt korang boleh masuk kerja di pelbagai industri. korang boleh nak kerja kat bidang agama, kat perhotelan, katering, pelancongan, pergudangan, kosmetik, farmaseutikal, agensi agama, kat penerbangan pun boleh. sbb semua org nak makan. semua syarikat ade manusia yg bekerja dan pekerja tu antaranya adalah org islam atau pelanggan mereka org islam. jd mereka akan mencari yg halal. jd korang boleh masuk mana2 bidang industry dlm Malaysia ni asalkan rajin mencari dan mencuba apply kerja. 

ok tu jelah aku cerita. tu pun dah panjang lebar. nak tau lebih lanjut boleh wasap aku miss eim 0108351878. haa.. jangan jual produk atau jual no aku kat org lain sudah ye. aku report polis. balai polis sebelah rumah aku je ni. 

aku bg no tu sebab risau aku tak buka blog ni nak jawab soalan2 korang. kesian pulak. dan lagi satu jangan risau lect halal semua sporting. 

tengok jelah gambar aku bg ni. ni sem bila tah last kelas aku buatkan dorang cempedak goreng! mane nak dapat woo.. hehe 

tu aku lah tu yg terkepit tengah2 tudung biru tu. student lagi besar dr aku. hehe rindu dorang. 


Comments